Saturday, May 30, 2009

cinta pantai pearl 2

“Abang, are you okay?” pertanyaan Syed Zainuddin itu membuatkan Zafril tersentak.
“Ok ayah,” balasnya pantas.
“Baiklah, Tuan Syed Zainuddin saya kenalkan dua orang yang saya bawa bersama ni. Ini Puan Rasyidah, setiausaha Darul Syuhada dan yang seorang lagi, Dr Alia. Alia ni penasihat untuk Darul Syuhada sebab sebelum ini, dia pernah menjadi salah seorang penghuninya,” terang Puan Fauziah.
“Dan saya rasa, tak payah la saya nak perkenalkan diri saya lagi sebab kan saya dah selalu sangat berurusan dengan Hotel Pearl,” sambung Puan Fauziah sambil tersenyum.
“Yelah, memang dah kenal sangat pun dengan puan maklumlah, sejak hotel ni dibuka 10 tahun dulu kan Hotal Pearl dan Darul Syuhada selalu berganding,” balas Syed Zainuddin ramah.
“Ini setiausaha baru ya Puan?” tanya Syed Zainuddin.
“A’ah Tuan Din. Setiausaha yang lama dah letak jawatan. Katanya dah sampai masa untuk berehat sahaja dirumah melayan anak cucu,” jawab Puan Fauziah.
“Dr Alia bertugas dekat hospital mana?” tanya Syed Zainuddin kepada Alia.
“Dekat Hospital Pantai tuan,” jawab Alia.
Beberapa ketika kemudian, mereka berlima pun memulakan perbincangan mengenai seminar kecermelangan yang akan diadakan di Hotel Pearl. Seminar selama dua 3 hari 2 malam itu diadakan untuk anak-anak yatim di Darul Syuhada yang akan menghadapi peperiksaan PMR dan SPM. Perbincangan mereka adalah mengenai kos yang perlu dibayar oleh Darul Syuhada. Syed Zainuddin sebagai pemilik Hotal Pearl hanya menetapkan bayaran sebanyak 50% sahaja daripada bayaran yang sepatutnya dan beliau turut bermurah hati untuk memberikan ganjaran kepada kepada pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan. Sepanjang perbincangan itu, Zafril hanya mencelah sedikit sahaja. Dia sebenarnya risau jika Alia menceritakan tentang perbuatannya di tempat letak kereta.
“Abang, are you okay?” tanya Syed Zainuddin. Dia berasa agak pelik kerana selalu anaknya itu mempunyai banyak idea-idea menarik yang ingin di kongsi.
“Yes,dad.”
“Abang ada apa-apa idea tak untuk seminar ni?” tanya Syed Zainuddin.
“Erm, apa kata pada sebelah petang kita adakan waktu riadah untuk mereka. Mungkin kita boleh buat sukaneka dan explorace. Yelah lepas mereka penat belajar, kenalah refresh balik otak. Kalau tak nanti stress.. Sebab tu buat di hotel, supaya mereka rasa suasana baru dan dapat semangat baru untuk belajar lebih gigih bagi menghadapi peperiksaan,” luah Zafril.
“Saya sokong dengan cadangan Zafril tu,” sokong Puan Fauziah.
“Tapi siapa yang nak organise sukaneka tu?” tanya Puan Rasyidah.
“Saya cadangkan Zafril dan Alia sebab orang muda ni panjang akal mereka untuk buat aktiviti macam tu. Macam mana?” cadang Syed Zainuddin.
“Ok!” jawab Alia dan Zafril hampir serentak.
Dari jam 9.30 pagi hingga hampir jam 1.00 tengah hari mereka berbincang mengenai seminar tersebut, akhirnya semua selesai.
“Let us have our lunch at the coffee house. Everything already served for us,” ajak Syed Zainuddin.
“Saya tak dapat join lah tuan. Saya kena balik semula ke hospital,” balas Alia.
“Are you sure Alia?” tanya Syed Zainuddin inginkan kepastian.
“Ya tuan.. Saya minta maaf sangat,” jawab Alia.
“Tak mengapalah kalau macam tu. Saya faham tugas awak sebagai doktor.”
“Saya minta diri dulu tuan,” ujar Alia sopan.
“Sekejap Alia. Ni, saya ada voucher makan tengah hari untuk dua orang. Nah, saya bagi awak,” sempat Syed Zainuddin mengambil 2 keping voucher didalam failnya untuk diberikan kepada Alia.
“Oh, terima kasih tuan. Nampaknya tuan betul-betul nak suruh saya rasa makanan dekat hotel tuan ni,” seloroh Alia sambil menyambut voucher yang dihulurakn kepadanya.
“Mestilah! Nanti awak boleh cadangkan dekat kawan-kawan awak untuk datang makan di sini. Saya jugak yang untung. Haha!!” balas Syed Zainuddin.
“Tuan ni betul-betul otak bisnes,” balas Alia sambil tersenyum manis.
“Ok lah tuan, saya dah lambat ni,” sebelum pergi Alia sempat bersalaman dengan semua.
“Eh, Alia naik apa? Mak tak nampak pun kereta Alia,” pertanyaan dari Puan Fauziah itu menyebabkan Alia mematikan langkahnya.
“Alia naik kereta merah putih, mak,” jawab Alia berlucu.
“Kereta merah putih?” jawapan Alia itu membuatkan Puan Fauziah terpinga-pinga sebentar.
“Teksi lah. Alia malas nak drive,” balas Ali. Dia langsung tak menceritakan apa yang berlaku sebenarnya. Malas nak panjang-panjang kan cerita.
‘Nasib baik dia tak buka cerita.. Mungkin dia tak perasan kot aku yang kenakan dia pagi tadi. Fuhh…selamat!!’ desis Zafril penuh kelegaan.
“Abang, pergi hantar Alia boleh? Dekat sini kan susah nak dapat teksi,” usul ayahnya.
“Abang tak kisah tapi Alia nak ke? Nanti karang boyfriend dia tau, habis abang kena belasah,” selamba sahaja Zafril berkata.
“Abang takut boyfriend dia ke, abang takut girlfriend-girlfriend abang nampak?” sindir ayahnya.
“Ish, apa pulak abang!” sangkal Zafril.
“Dah, pergi sana hantar Alia. Kesian ayah tengok dia berdiri dekat situ macam tiang tengah-tengah panasni,” ujar ayahnya.
“Ayah, nak voucher lunch,” Zafril sudah menghulurkan tangannya.
“Voucher lunch apa?”
“Yelah, tadi kan ayah bagi dekat Alia. Abang pun nak jugak coz kan abang tak dapat join lunch,” sempat dia mengenakan ayahnya.
“Ahh, abang jangan nak mengada-ngada! Abang hari-hari boleh makan free dekat sini. Dah cepat, pergi hantar Alia. Ish, budak ni…,” balas Syed Zainuddin. Puan Fauziah dan Puan Rasyidah sekadar tersenyum sahaja melihat gelagat dua beranak itu.
“Yess, sir!” sahut Zafril sebelum berlari menuju ke arah Alia.

cinta pantai pearl 1

“Macam mana awak buat kerja ni? Semalam kan keadaan mama saya dah ok! Kenapa hari ni dia tak sedarkan diri semula?!” herdik Syed Zafril Hamzi kepada seorang doktor perempuan yang masih muda.
“Doktor ni tau buat kerja ke tak!” sambungnya lagi membuatkan doktor itu terdiam seketika.
“Encik, sabar dulu…,” belum sempat doktor itu menyambung kata-katanya Zafril sudah memotong.
“Apa sabar,sabar?? Ni berkaitan dengan nyawa mama saya!” dengus Syed Zafril Hamzi.
“Dengar dulu apa yang saya nak jelaskan ini. Memang semalam keadaan Pn Noraida sudah stabil, tapi apa yang berlaku hari ini di luar jangkaan saya. Mungkin ini semua akibat daripada kesan ubat yang diberikan kepadanya. Antibodinya tidak cukup kuat untuk menerima ubat tersebut tapi saya yakin, esok keadaan Pn Noraida akan kembali stabil. Encik tak perlu risau dengan keadaan mak encik ni,” panjang lebar penerangan yang terluncur keluar dari mulut comel Dr Alia. Dia sudah biasa berhadapan dengan keadaan begini.
“Baik, kalau esok keadaan mama saya masih macam ni, saya akan buat aduan kepada doktor pakar tentang apa yang awak dah buat dekat mama saya!” Syed Zafril Hamzi seperti mengugut Dr Alia.
“Suka hati encik lah, tapi yang penting saya dah menjalankan tugas saya sebagai doktor. Saya cadangkan encik berdoa lah banyak-banyak agar keadaan ibu encik kembali seperti biasa. Serahkan segalanya kepada Allah kerana Dia-lah yang lebih berkuasa,” ujar Dr Alia tenang.
“Doktor tak payah nak mengajar saya! Saya tau lah apa yang nak dilakukan,” balas Zafril jengkel kerana merasakan kata-kata doktor itu seperti menyindirnya.
“Ok lah encik, saya minta diri dulu. Assalamualaikum.” Dr Alia berjalan keluar dari bilik rawatan kelas satu Hospital Pantai Kuala Lumpur.
“Waalaikumsalam,” jawab Zafril dengan rasa geram.
‘Ceh,macam bagus sangat je!’ desis Zafril merujuk kepada Dr Alia.

Beberapa ketika kemudian, Zafril meninggalkan hospital tersebut untuk kembali semula ke Hotel Pearl, tempat dia bekerja. Sebelum keluar sempat dia mencium dahi mamanya dengan harapan mamanya akan pulih segera.
Ketika sampai di tempat letak kereta, dia ternampak doktor yang merawat mamanya tadi. Segera akal jahatnya datang untuk mengenakan doktor itu. Dengan pantas dia berlari ke arah keretanya dan mula mengundurkan keretanya. Syed Zafril Hamzi menuggu Dr Alia memasuki kereta dan dengan sepantas kilat dia menekan pedal minyak dan memberhentikan keretanya betul-betul di belakang kereta Dr Alia menyebabkan Dr Alia tidak dapat mengundurkan keretanya.
“Aik, kereta siapa pula dekat belakang ni? Tadi rasanya takde kereta ni,” omel Alia. Tanpa berlengah, dia keluar dari keretanya dan mengetuk cermin tingkap Toyota Vios yang menghalang Suzuki Swiftnya itu.
Tok..tok…tok…
“Encik, boleh tolong alihkan kereta tak? Kereta saya nak keluar ni,” ujar Alia dengan lembut. Dia tidak dapat melihat wajah pemandu kereta tersebut kerana cerminnya di tinted gelap.
“Hah,ada apa?” tanya Syed Zafril Hamzi sebal selepas dia menurunkan cermin tingkap keretanya. Dia mengenakan sunglasses supaya Alia tidak dapat mengecamnya.
“Kereta encik menghalang kereta saya. Boleh tak encik tolong alihkan sekejap kereta encik ni,” ulang Alia sekali lagi.
“Ala, macam takde jalan lain je!” balas Zafril selamba.
“Sebab takde jalan lain lah, saya minta encik alihkan kereta encik ni. Kalau encik nak masuk parking pun, tunggu lah lepas saya keluarkan kereta saya. Lepas tu, encik nak masuk parking, masuklah,” ujar Alia cuba berdiplomasi.
“Kalau saya tak nak?” provok Zafril.
“Encik, tolonglah… saya ada hal penting ni,” ujar Alia separuh merayu.
“Saya peduli apa dengan hal awak tu. Lagipun takde tanda pun yang dekat sini tak boleh parking,” bersahaja Zafril mengeluarkan kata-kata. Sebenarnya dia sekadar ingin melihat bagaimana rupa doktor muda itu dalam keadaan marah.
“Please encik… I’m in hurry,” rayu Alia bersungguh-sungguh sambil melihat jam tangannya beberapa kali.
“Saya…,” belum sempat Zafril menghabiskan kata-katanya, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.
“Hello baby… Taklah, I tak busy pun. Tonight? Ohh, sure baby…” Zafril bercakap dengan penuh manja, sebenarnya dia sekadar ingin melihat reaksi Alia.
‘Mesti minah ni angin gila dengan aku,’ desis Zafril nakal. Kemudian, dia menoleh ke kanannya untuk melihat Alia tetapi…
“Aik, mana pulak doktor ni pergi?” Zafril menoleh-noleh lagi. Kemudian dia terlihat seorang perempuan baru sahaja menaiki teksi yang kebetulan lalu di hadapan pintu masuk hospital.
“Boleh pulak dia blah terus.. Aku ingat dia nak marah tadi. Aiseh..,” dengus Zafril kecewa.
“You cakap dengan siapa?” tanya si pemanggil.
“Err, ok lah baby… I ada urgent ni. I’ll call you back,” segera Zafril memutuskan panggilan daripada teman wanitanya yang entah ke berapa.

Zafril memecut keretanya menghala ke Hotel Pearl kerana dia sebenarnya perlu menghadiri mesyuarat dengan wakil dari rumah anak-anak yatim Darul Syuhada. Setibanya di hadapan pintu masuk hotel, dia seperti terperasan kelibat doktor muda yang merawat emaknya dan juga yang di aniayanya sebentar tadi tetapi dia tidak dapat memastikannya kerana gadis tersebut telah memasuki lif. Tanpa menunggu lama, Zafril terus menaiki lif yang lain untuk menuju ke bilik mesyuarat di tingkat 9 hotel tersebut. Dia menolak pintu bilik tersebut, kelihatan 2 orang wanita yang tak dikenali dan bapanya, Syed Zainuddin sedang menunggunya.
“I’m sorry coz all of you have to wait for me,” ujar Zafril sambil tersenyum manis.
“Oh, it’s okay,” jawab salah seorang daripada wanita tersebut.
“Where have you been? Flirting with which girl?” tanya bapanya berbisik sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di sebelah bapanya.
“No! I’m from hospital,” jawab Zafril tegas. Bapanya hanya membalas dengan senyuman yang sukar di mengertikan.
“So, can we start our discussion now?” tanya Zafril kepada semua.
“Sabar dulu abang, kita tengah tunggu lagi seorang wakil dari Darul Syuhada. Dia pergi toilet sekejap,” ujar bapanya.
“Laa,abang ingat semua dah sampai tadi,” balas Zafril.
“Erm, sorry… Boleh kita mulakan perbincangan ini?” terdengar suara seorang gadis. Seperti terkena kejutan elektrik apabila Zafril melihat dengan jelas perempuan yang duduk berhadapan dengannya. Beberapa kali juga dia menelan air liur apabila melihat wajah tenang itu. ‘Gulp! Apasal pulak dia ada dekat sini ni? Mati aku kalau dia cerita dekat ayah apa yang aku buat tadi,’ detik Zafril cemas.